Wednesday, November 10, 2010

beca di tengah hi-waY

ini bukan citer lawak..bukan masenye untuk bergelak dan jauh disudut hati untuk menghina... citer cmni, mase on da way nak balik umah aku press minyak agak banyak2..biase la, enjen baru nak panas..sedang syok menekan minyak, tibe2 aku buleyh tergelak kecik dan dalam mase yg sama hati berkate "eh, 1st tyme la tgok beca atas Hi-way..ngeh3x"
selepas memintas beca tu, spontaneous hati nie jadi sayu sgt..Beca tua itu dikayuh dengan gigihnya oleh seorang insan warga emas yang rambut panjang beruban dan janggutnya bagaikan santa clause. Bersarungkan baju hijau buruk dan berseluar panjang cukup menggambarkan dia seorang insan yang kurang segala-galanya...
Sekali lagi hati berdetik, mesti si pengayuh beca itu dlm keaadaan kesusahan yang memerlukannya mengayuh biarpun jarak beribu batu. Tidak ku pikirkan si pengayuh keluar ataupun pulang mencari rezeki.. Kerana, beliau sanggup menaruhkan nyawanya di tengah Hi-way yang semestinya kereta, bas dan lori berdesup laju.. kesian dan oleh kerana masih terbayang pakcik tu, aku menulis cerita ini..owh Pakcik...
HuHu.., as usual laaa.... aku terbayang kalau la si pengayuh itu adalah arwah atuk aku, huwaaaa....i cant imagine!!! x mau..x rela...kesiaaaaaaan beb....
kali keduanya, hati ini mensyukuri nikmat kurniaan yang diberi..Amin!! dek kerana kejahilan dan ketamakkan sendiri, aku sering tidak pernah rasa cukup dengan ape yang sebenarnya "lebih"....Ya Allah. terima kasih....dan jangan pernah engkau mengujiku sehingga aku rasa aku tidak mampu mengharunginya....
### Beca td buruk sgt...angle kiri bendera merah, angle kanan beca bendera putih...becanya warna hijau..mesti beca tu dr arah pontian yang distance approximately ~ 40-60km...###