Monday, October 26, 2009

aku..


percayakah anda semua bahawa hari ini ku bisa mengatakan bahawa aku adalah seorang wanita yg tidak berperasaan!!! (Bkn zalim dan kejam spt zionis..) andai diberi soalan berbunyik..


1. "antara cinta dan harta, mana pilihan utama"..jawap ku "harta menjadi buruan"

2. "antara cinta dan airmata, mana 1 menjadi pilihan??"..jawap ku "airmata, kerana percayalah bahagia bakal menjelma kelak.."

3."antara dusta dan cinta??" jawapku "dusta yang bisa membahagiakan ku saat ini"..

4. "antara cinta dan lelaki??" jawapku dengan selamba "dua2 bukan pilihan, kerana hati masih tertutup sebenarnya"..

5. "antara cinta dan kerjaya" pilihan ku mesti lah kerjaya kerana ianya dapat merubah segalanya..

6. "antara cinta dan kesunyian ", bakal ku pilih kesunyian kerana ia adalah sementara..

7. "antara cinta dan keegoan, mana yg ku pentingkan??" selamba aku mengatakan, "keegoan adalah lambang kemenangan individu"...

8. "antara cinta dan takdir", ku lebih rela memilih takdir kerana ia adalah tertulis utk ku..jadi ku akur diatas kehendak-Nya...


jelas disini, aku adalah seorang wanita yg maseh samar dan kurang percaya pada keajaiban cinta..pada hakikat ku ingin bercinta, dalam masa yang sama aku mudah bosan dan tak tahu pon pengertian cinta sebenar...adeesh..mungkin seru x sampai lagi lerr tue..adioooss...aku!!!